Close

nubia Focus Pro 5G tiba di Malaysia dengan harga RM999

nubia Malaysia sedia untuk menawarkan peranti baru untuk pasaran tempatan melalui model nubia Focus Pro 5G. Seperti namanya, peranti ini memfokuskan kepada kemampuan fotografi dengan harga jualan yang lebih mampu milik.

nubia Focus Pro 5G hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP AI + 2MP Potret + 5MP Ultra Lebar / Makro dan swafoto 32MP. Sensor utama peranti ini menyokong teknologi OIS dan EIS serta boleh mengubah jarak fokal dari 18mm, 24mm, 35mm, 50mm atau ke 72mm. Lebih menarik, peranti ini turut dilengkapi dengan dua butang tambahan yang dipanggil sebagai Sliding Shortcut dan Capture Button.

Untuk spesifikasi, nubia Focus Pro 5G dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.72-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Unisoc T760 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti NFC, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan pembesar suara jenis stereo. Tidak ketinggalan, peranti ini turut dimuatkan dengan fungsi Live Island yang mirip seperti Dynamic Island pada iPhone.

nubia Focus Pro 5G dijual pada harga RM999 dengan satu pilihan varian sahaja iaitu 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Classic Black dan Light Brown. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula 21 Mei 2024 dengan setiap pembelian akan menerima diskaun RM50 dan speaker Bluetooh ZTE percuma. Manakala jika membeli pada 22 Mei hingga 3 Jun 2024, anda hanya akan menerima hadiah percuma speaker Bluetooth ZTE sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN