Close

Apple lepaskan kemas kini iOS 17.5.1 – Selesaikan masalah gambar yang dipadam muncul kembali

Selepas hanya beberapa hari Apple melepaskan kemas kini iOS 17.5, kini tiba pula kemas kini terbaru iaitu iOS 17.5.1. Kemas kini ini diberikan bagi menyelesaikan masalah pepijat yang dihadapi pada iOS 17.5.

Pada kemas kini iOS 17.5, terdapat masalah pepijat yang pelik atau jarang berlaku telah terjadi. Menurut beberapa pengguna, gambar yang telah dipadam muncul kembali secara tiba-tiba pada iPhone mereka. Lebih teruk, terdapat laporan menyatakan gambar yang telah dipadam pada beberapa tahun lalu turut muncul kembali.

Berikutan dari masalah itu, Apple telah melepaskan kemas kini iOS 17.5.1 untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walaubagaimanapun, Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan masalah tersebut. Namun, melalui kemas kini yang diberikan kita mungkin boleh mengatakan yang Apple mengakui masalah itu dan menunjukkan ia berpunca dari masalah pangkalan data.

Kemas kini ini telah tersedia untuk semua pengguna. Untuk mengemas kini, pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

ARTIKEL BERKAITAN