Close

BMW CE 02 boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM40K

Melalui acara Malaysia Autoshow 2024, BMW Motorrad Malaysia secara rasmi memperkenalkan Skuter Elektrik baru mereka iaitu BMW CE 02. Skuter Elektrik ini telahpun diperkenalkan lebih awal untuk pasaran Eropah pada Julai tahun lalu.

Dari segi rekaan, BMW CE 02 hadir dengan rekaan futuristik mirip seperti BMW CE 04 tetapi lebih kompak dan lebih kecil, lebih sesuai untuk penunggangan dalam bandar.

Mampu menghasilkan 15 hp dan 55 Nm, dengan kelajuan maksimum pada 95 km/j. Dimuatkan dengan bateri 3.92 kWh yang boleh bergerak sehingga 90 km untuk sekali caj penuh. Menyokong kuasa pengecasan pada 0.9kW atau 1.5kW bagi pengguna yang menaik taraf sistem pengecasan

Untuk keselamatan, BMW CE 02 dilengkapi dengan sistem brek ABS, Automatic Stability Control (ACS) dan juga Recuperative Stability Control (RCS). Selain itu, ia turut hadir dengan mod Reverse Assistant dan skrin TFT LCD bersaiz 3.5-inci yang digunakan untuk memaparkan maklumat ketika menunggang.

Di Malaysia, BWM CE 02 dijual pada harga RM40,000. Sebagai perbandingan, BMW CE 02 ditawarkan dengan harga sekitar $7999 (36,000) untuk pasaran Eropah.

ARTIKEL BERKAITAN