Samsung secara rasmi memperkenalkan komputer riba baru mereka iaitu Galaxy Book4 Edge. Ditawarkan dalam dua pilihan saiz skrin dan dijana dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon X Elite.
Galaxy Book4 Edge hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi 3K. Turut menyokong paparan 120Hz dengan Anti-reflective cover glass. Hadir dengan dua pilihan saiz 14-inci dan 16-inci. Dikuasakan dengan cip Snapdragon X Elite yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Komputer riba ini turut menyokong kecerdasan buatan (AI) melalui Galaxy AI.
Dimuatkan dengan kapasiti bateri 55.9Wh untuk 14-inci dan 61.8Wh yang menyokong pengecasan pantas melalui USB-C. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti WiFi 7, Bluetooth 5.4, empat pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari dan juga kamera web FHD.
Dari segi sambungan, ia mempunyai 1x bicu audi 3.5mm, 1x HDMI 2.1, 2x USB 4.0 untuk 14-inci dan 1x bicu audio 3.5mm, 1x HDMI, 1x USB 3.2, 2x USB 4.0 dan juga kad slot mikroSD untuk 16-inci. Galaxy Book4 Edge menjalankan sistem operasi Windows 11 Home.
Di Eropah, Galaxy Book4 Edge dijual pada harga bermula sekitar $1349.99 (RM6335) untuk 14-inci dan $1449.99 (RM6805). Tidak dapat dipastikan adakah komputer riba ini akan turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia atau sebaliknya.