Close

RHB kini menyokong Apple Pay – Cara tambah kad dalam Apple Wallet

RHB kini turut menyokong pembayaran melalui Apple Pay. Buat yang tidak mengetahui, Apple Pay adalah perkhidmatan dompet digital yang membolehkan pengguna melakukan pembayaran menggunakan peranti Apple seperti iPhone, iPad, Mac ataupun Apple Watch.

Melalui perkongsian RHB, pembayaran melalui Apple Pay ini tersedia kepada semua pengguna dan menyokong semua kad kredit dan debit. Seiring dengan itu, RHB turut berkongsi senarai penuh kad yang menyokong Apple Pay.

Kad Kredit :

  • Kad Kredit RHB Premier Visa Infinite/-i
  • Kad Kredit RHB Premier Visa Signature
  • Kad Kredit RHB Visa Infinite
  • Kad Kredit RHB Visa Signature
  • Kad Kredit RHB Shell Visa/-i
  • RHB Visa Rewards Motion Code Kad Kredit/-i
  • Kad Kredit/-i RHB Visa Rewards
  • Kad Kredit Pulangan Tunai RHB Visa/-i

Kad Debit :

  • Kad Debit Infinite Visa RHB Premier
  • Kad Debit/-i Visa RHB Premier Multi Currency
  • Kad Debit-i RHB Platinum
  • Kad Debit/-i Visa Pelbagai Mata Wang RHB
  • Kad Debit/-i RHB Visa
  • RHB Visa Debit Chibi Superman/-i
  • RHB Visa Debit Chibi Batman/-i
  • Kad Debit-i RHB Visa WWF
  • Kad Debit Pintar RHB Easy
  • Kad Debit-i RHB Easy
  • Kad Debit-i RHB MySiswa

Selain itu, RHB turut berkongsi cara untuk menambah kad RHB ke dalam Apple Wallet.

Cara tambah kad pada Apple Wallet :

Buka aplikasi Apple Wallet dan tekan butang “+”

  • Pilih “Debit or Credit” dan tekan ” Continue”.
  • Imbas kad RHB dan ikut arahan pada skrin.
  • Tetapkan kad RHB sebagai “default card’
  • Selesai.

Untuk maklumat lanjut mengenai Apple Pay, layari laman web rasmi RHB.

ARTIKEL BERKAITAN