Close

smart#3 kini boleh dipra-tempah di Malaysia – 3 pilihan varian dengan jarak gerak 455 km

smart#3 secara rasminya diperkenalkan di Malaysia melalui pengedar rasmi Proton New Energy Technology (Pro-Net). Merupakan kereta elektrik (EV) kedua yang ditawarkan untuk pasaran tempatan selepas smart#1.

smart#3 merupakan sebuah EV jenis Coupe dan ditawarkan dalam 3 pilihan varian iaitu smart#3 Pro, Premium dan juga BRABUS. Ketiga-tiga model tampil dengan kapasiti bateri yang lebih besar sekaligus menawarkan jarak gerak yang lebih jauh. Selain itu, ia turut dimuatkan dengan teknologi keselamatan yang lebih baik dengan 23 sensor berketepatan tinggi dan menyokong 21 fungsi ADAS.

smart #3 BRABUS hadir dengan dwi-motor elektrik dengan pacuan empat roda (AWD) yang menghasilkan 315kW dan 543Nm. Menyokong Rocket Launch Mode dengan 0 ke 100 km/j hanya dalam 3.7 saat sahaja. Manakala, untuk smart#3 Premium ia dilengkapi dengan motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang yang menghasilkan 200kW dan 343Nm. Menawarkan jarak gerak sehingga 455 km (WLTP) dan menyokong pengecasan AC 22kWh yang mampu mengecas dari 10% hingga 80% hanya dalam masa kurang dari 30 minit.

Harga jualan smart#3 untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Namun begitu, pengguna boleh mula melakukan pra-tempahan bermula hari ini. Untuk 333 pra-tempahan pertama akan menerima barangan eksklusif smart bernilai RM1500. Sekiranya berminat, pra-tempahan untuk smart #3 boleh dilakukan melalui aplikasi Hello Smart App.

ARTIKEL BERKAITAN