Close

iPhone SE 4 mungkin dijual lebih mahal

Pada ketika ini, terdapat pelbagai laporan mengenai iPhone SE 4 telah didedahkan. Terbaru, iPhone SE 4 dilaporkan akan dijual pada harga lebih mahal berbanding model sebelumnya.

Menurut laporan, Apple mungkin akan menjual iPhone SE 4 pada harga bawah $499 (RM2343). Laporan lain pula menyatakan yang harga jualan iPhone SE 4 mungkin meningkat sebanyak 10% untuk pasaran AS dengan anggaran harga sekitar $470 (RM2207). Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan ia akan turut berlaku pada pasaran lain.

Kenaikkan harga jualan untuk iPhone SE 4 mungkin wajar. Memandangkan ia bakal hadir dengan pelbagai peningkatan bersama dengan spesifikasi yang menarik. Selain itu, iPhone SE 4 dijangka akan dimuatkan dengan kamera utama 48MP, pengecasan USB-C dan tidak lagi menggunakan Touch ID. Lebih menarik, iPhone SE 4 berkemungkinan akan menggunakan rekaan dari iPhone 14.

Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone SE 4 pada 2025. Ia mungkin waktu yang sesuai memandangkan iPhone SE 3 telahpun berusia 3 tahun di pasaran pada ketika ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN