Close

HONOR bakal perkenal telefon lipat jenis ‘Clamshell’

HONOR dijangka akan memperkenalkan segmen baru telefon lipat jenis clamshell tidak lama lagi. Peranti tersebut akan dikenali sebagai Magic V Flip dan merupakan telefon lipat clamshell pertama dari HONOR.

Menurut laporan, Magic V Flip akan dilengkapi dengan skrin luar paling besar untuk segmen telefon lipat jenis clamshell. Bermaksud, keseluruhan panel luar peranti ini adalah skrin kecuali pada bahagian kamera. Lebih menarik, skrin luar peranti ini akan menggunakan bingkai yang nipis untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Selain itu, Magic V Flip dikatakan akan dilengkapi kapasiti bateri yang besar iaitu 4500mAh dengan teknologi bateri dua sel. Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang didedahkan.

Namun begitu, terdapat laporan menyatakan peranti ini mungkin akan diperlihatkan pada acara pelancaran siri HONOR 200 pada 27 Mei ini di China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN