Close

realme GT 6T diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 7+ Gen 3 dengan pengecasan 120W

realme GT 6T telahpun diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran global dengan India menjadi negara pertama yang menawarkan peranti ini. Tampil dengan rekaan sama seperti GT Neo6 namun dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3.

realme GT 6T dilengkapi dengan skrin LTPO AMOLED dengan resolusi 2780 x 1264. Turut menyokong paparan 120Hz, 2160Hz PWM Dimming dan kecerahan puncak sehingga 6000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-600 + 8MP Ultra Lebar dan 32MP swafoto. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W yang mampu mengecas dari 1% ke 50% hanya dalam 10 minit.

Spesifikasi lain yang turut tersedia adalah seperti Bluetooth 5.4, WiFi 6, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2. Dari segi kemas kini, realme menyatakan yang peranti ini menyokong kemas kini Android 3 tahun dan kemas kini keselamatan 4 tahun.

Di India, realme GT 6T dijual pada harga bermula sekitar INR30,999 (RM1756) dan mencapai sehingga INR39,999 (RM2265). Ditawarkan dalam 2 pilihan warn iaitu Razor Green dan Fluid Silver.

ARTIKEL BERKAITAN