Close

Harga cip Snapdragon 8 Gen 4 dilaporkan lebih mahal

Qualcomm telah mengesahkan yang cip andalan mereka yang seterusnya iaitu Snapdragon 8 Gen 4 akan diperkenalkan pada Oktober ini. Cip ini akan dimuatkan dengan pelbagai teknologi terbaru sekaligus menjanjikan prestasi yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Dengan menggunakan teknologi yang lebih baru, harga jualan untuk cip Snapdragon 8 Gen 4 dilaporkan akan meningkat sekaligus akan dijual lebih mahal. Cip ini akan menggunakan CPU Oryon yang dibangunkan khas untuk Qualcomm yang akan menjanjikan prestasi yang lebih berkuasa. Selain itu, Cip ini akan menggunakan teknologi binaan 3nm generasi kedua dari TSMC yang dipanggil sebagai ‘N3E’.

Kenaikan harga jualan ini disebabkan beberapa perkara antaranya seperti peralihan kepada penggunaan CPU Oryon, kos wafer yang meningkat dan juga teknologi binaan yang digunakan. Berikutan itu, ia akan memberi kesan kepada pengeluar dalam menentukan harga jualan sekaligus akan mengurangkan margin keuntungan.

Jadi, kita mungkin akan melihat kenaikkan harga jualan untuk peranti yang dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 4. Pengeluar terawal yang akan menggunakan cip ini adalah Xiaomi, iQOO dan OnePlus.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN