Telefon lipat Samsung yang seterusnya iaitu Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 dilaporkan hanya akan tersedia dalam satu pilihan cip sahaja iaitu Qualcomm. Bermaksud, tiada cip Exynos yang akan digunakan seperti pada siri Galaxy S24.
Menurut laporan, Samsung hanya akan menggunakan cip dari Qualcomm sahaja iaitu Snapdragon 8 Gen 3 pada Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6. Antara sebab utama Samsung tidak menggunakan cip Exynos kerana peranti tersebut telah dibina menggunakan pemproses aplikasi dari Qualcomm. Selain itu, cip Snapdragon 8 Gen 3 menawarkan kecekapan yang lebih baik berbanding cip Exynos.
Sekiranya Samsung merancang untuk menggunakan cip Exynos pada siri Galaxy Z, ia memerlukan kos tambahan yang lebih tinggi sekaligus menjadikan harga jualan telefon lipat mereka lebih mahal. Pemilihan cip Snapdragon juga boleh dikatakan sebagai menjaga hubungan baik antara Samsung dan Qualcomm.