Close

Harga jualan Galaxy Ring tertiris – Mungkin hadir dengan langganan bulanan

Sebelum ini, Samsung telahpun berkongsi beberapa maklumat mengenai Galaxy Ring. Terbaru, terdapat laporan mendedahkan harga jualan peranti tersebut.

Menurut laporan, harga jualan untuk Galaxy Ring di pasaran Amerika Syarikat (AS) adalah sekitar $300-$350 (RM1412-RM1648). Bukan itu sahaja, Galaxy Ring turut dikatakan akan hadir dengan pelan langganan bulanan.

Walau bagaimanapun, harga langganan tidak didedahkan namun ia berkemungkinan sekitar $10 (RM47) untuk sebulan yang boleh dilanggan melalui aplikasi Samsung Health. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah langganan ini adalah wajib atau sebaliknya. Harga langganan ini boleh dikatakan sama seperti yang ditawarkan oleh Fitbit, Apple Fitness+ dan Quro Ring.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai laporan ini dan tiada maklum balas yang dikeluarkan oleh Samsung. Galaxy Ring dijangka akan dilancarkan pada Julai ini bersama dengan Galaxy Z Fold6, Z Flip6 dan Galaxy Watch.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN