70Mai melalui acara Malaysia Autoshow 2024 telah memperkenalkan model baru Dashcam mereka iaitu A510. Melaluinya, ia hadir dengan pelbagai spesifikasi yang lebih dan fungsi yang lebih menarik.
Dashcam A510 ini dilengkapi dengan sensor Sony STARVIS 2 IMX675 yang mempunyai kemampuan penglihatan malam yang sangat baik dengan julat dinamik tinggi (HDR), memberikan hasil visual yang lebih jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan.
Turut menyokong algoritma yang dipertingkat untuk imej rakaman yang lebih baik melalui teknologi MaiColorVivid+ SolutionTM dan 70maiNight OwlVisionTM. Selain itu, ia turut menyokong rakaman video pada resolusi 1944P dengan 60fps. Tidak hanya itu, A510 turut hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti ADAS, GPS secara terbina, pengawasan tempat letak kereta 24 jam dan kamera belakang untuk rakaman selang masa.
A510 turut menyokong sambungan rangkaian 4G namun ia ditawarkan secara berasingan melalui kit 4G. Melaluinya, pengguna boleh mengesan lokasi kenderaan melalui Find My Car, menghantar notis amaran pada telefon pintar dan boleh menyiarkan rakama secara live streaming.
Untuk harga jualan, A510 dijual pada harga bermula RM399 untuk Front Cam, RM159 untuk Kit 4G dan RM80 untuk kamera belakang.
Bersempena dengan Malaysia Autoshow 2024, 70Mai menawarkan promosi menarik untuk pengunjung dengan set lengkap dijual pada harga RM479. Selain itu, setiap pembelian akan menerima pakej hadiah misteri bernilai RM99 dan juga kad MikroSD 64GB secara percuma.