Siri HONOR 200 secara rasmi telah diperkenalkan di pasaran China. Hadir dengan dua pilihan model iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro. Kedua-dua peranti ini berkongsi beberapa spesifikasi asas yang sama seperti skrin, bateri dan pengecasan.
Untuk HONOR 200 Pro, hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1/1.3″ Omnivision OV50H OIS + 12MP Ultra Lebar + 50MP OIS Telefoto dan swafoto 50MP. Sensor utama peranti ini menggunakan sensor yang dengan peranti andalan HONOR iaitu Magic6 Pro. Dimuatkan dengan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan 100W.
Manakala untuk HONOR 200, hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama50MP 1/1.56” IMX906 OIS + 12MP Ultra Lebar + 50MP OIS Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan 100W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti NFC, Bluetooth 5.3, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi MagicOS 8.0.
Di China, HONOR 200 dijual pada harga bermula sekitar CNY2699 (RM1747) dan untuk HONOR 200 Pro pula dijual pada harga bermula CNY3499 (RM2265). Peranti ini akan turut dilancarkan untuk pasaran global pada 12 Jun 2024.