Dalam usaha untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik untuk pencipta kandungan. TikTok kini memperkenalkan TikTok Studio, platform untuk pengguna atau pencipta kandungan menguruskan akaun mereka dengan lebih mudah.
Melalui TikTok Studio, pengguna atau pencipta kandungan boleh menguruskan pelbagai perkara seperti muat naik video, menyunting, menyemak dan menganalisa prestasi kandungan. Selain itu, ia juga memudahkan pengguna untuk mengurus dan menapis ulasan tertentu.
Tidak ketinggalan, TikTok Studio turut menawarkan pelbagai fungsi menarik seperti yang ditawarkan pada aplikasi suntingan antaranya auto caption, photo editor dan autocut. Melalui fungsi ini, ia dapat meningkatkan lagi kreativiti pengguna atau pencipta kandungan.
Pada ketika ini, TikTok Studio boleh diakses untuk pengguna Windows dan macOS melalui www.tiktok.com/tiktokstudio. Manakala untuk aplikasi, ia masih lagi dalam fasa percubaan untuk iOS dan untuk Android ia boleh dimuat turun melalui Google Play.