Close

Lenovo mungkin perkenal konsol mampu milik – Legion Go ‘Lite’?

Tidak dinafikan, segmen konsol mudah alih kini semakin menjadi perhatian. Berikutan dari itu, terdapat pelbagai pilihan konsol mudah alih yang ditawarkan di pasaran ketika ini antaranya seperti ASUS ROG Ally, Lenovo Legion Go, Steam Deck dan MSI Claw.

Terbaru, Lenovo dilaporkan bakal memperkenalkan konsol mudah alih baru. Lebih menarik, konsol tersebut akan ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik dan akan menggunakan nama Legion Go Lite.

Seperti namanya, konsol baru ini dijangka akan hadir dengan beberapa perubahan untuk menjadikan ia lebih mampu milik. Legion Go Lite berkemungkin akan hadir dengan saiz skrin yang lebih kecil, rekaan yang lebih nipis dan tidak akan menyokong alat kawalan yang boleh ditanggal.

Seterusnya, ia akan ditawarkan dalam satu pilihan cip sahaja iaitu siri AMD Ryzen Z1 bersama dengan beberapa perubahan. Sebagai perbandingan, Legion Go hadir dengan skrin IPS 8.8-inci, 16GB RAM, storan dalaman 512GB SSD, bateri 49.2Wh dan menyokong pengecasan Super Rapid Charge. Dikuasakan dengan dua pilihan cip iaitu AMD Ryzen Z1 dan  AMD Ryzen Z1 Extreme.

Di Malaysia, Legion Go dijual pada harga bermula RM3699 untuk cip AMD Ryzen Z1 dan RM3999 untuk cip AMD Ryzen Z1 Extreme.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN