Close

Siri HONOR 200 akan tiba di Malaysia tak lama lagi

HONOR Malaysia secara rasmi mengesahkan siri HONOR 200 akan ditawarkan ke pasaran tempatan. Peranti tersebut telahpun diperkenalkan di pasaran China dan ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah siri HONOR 200 untuk pasaran tempatan akan ditawarkan dengan spesifikasi sama seperti pasaran China atau sebaliknya. Di China, siri HONOR 200 hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci FHD+, bateri 5200mAh dan pengecasan pantas 100W.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 untuk HONOR 200 dan cip Snapdragon 8s Gen 3 untuk HONOR 200 Pro. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan 50MP swafoto.

Buat masa ini, HONOR Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan peranti ini untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN