Vivo secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru iaitu S19 dan S19 Pro. Tampil dengan rekaan yang berbeza dari model sebelumnya dalam masa yang sama hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.
Untuk S19 Pro, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.78-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9200+ yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP (Sony IMX921) + 50MP Telefoto (Sony IMX816) + 8MP Ultra Lebar (OmniVision OV08D10) dan swafoto 50MP. Bateri 5500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 80W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68/IP69, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan OriginOS 4.0 berasaskan Android 14.
Di China, vivo S19 Pro dijual pada harga bermula CNY3299 (RM2143) untuk 8GB + 256GB, CNY3499 (RM2273) untuk 12GB + 256GB, CNY3799 (RM2468) untuk 16GB + 256GB dan CNY3999 (RM2598) untuk 16GB + 512GB.
Manakala untuk S19, ia turut hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.78-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP (OmniVision OV50E) + 8MP Ultra Lebar (OmniVision OV08D10) dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68/IP69, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan OriginOS 4.0 berasaskan Android 14.
Untuk pasaran China, vivo S19 dijual pada harga bermula sekitar CNY2499 (RM1623) untuk 8GB + 256GB, CNY2699 (RM1753) untuk 12GB + 256GB, CNY2999 (RM1948) untuk 16GB + 256GB dan CNY3299 (RM2143) untuk 16GB + 512GB.