Close

Apple Vision Pro dijangka tiba ke pasaran antarabangsa bermula Julai ini

Set kepala realiti pertama dari Apple iaitu Vision Pro dijangka akan mula ditawarkan ke pasaran antarabangsa bermula Julai ini. Sebelum ini, Vision Pro hanya tersedia untuk pasaran Amerika Syarikat. sahaja.

Terbaru, menurut laporan Apple dijangka akan mula memperkenalkan Vision Pro ke pasaran antarabangsa bermula sekitar minggu ketiga atau keempat bulan Julai. Laparon tersebut turut mendedahkan 3 negara yang akan menerima peranti tersebut iaitu United Kingdom, Kanada dan China.

Selain itu, beberapa kedai Apple di United Kingdom dikatakan telah menerima perabot baru termasuk sofa yang akan digunakan oleh pelanggan untuk menguji Vision Pro. Di Amerika Syarikat, Vision Pro dijual pada harga bermula sekitar $3499 (RM16K) untuk 256GB, $3699 (RM17K) untuk 512GB dan $3899 (RM18K) untuk 1TB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN