Dalam usaha untuk membawakan pengalaman penggunaan yang lebih baik. WhatsApp telah memperkenalkan beberapa fungsi baru yang menarik. Berikutan itu, kami ingin berkongsi 5 fungsi baru WhatsApp yang wajib korang tahu dan cuba.
Chat Filters
Fungsi ini memudahkan pengguna untuk melihat semua mesej yang diterima atau mencari perbualan penting dengan lebih efisien.
Chat Filters diletakkan pada bahagian atas senarai sembang dan ditapis kepada tiga bahagian iaitu All, Unread dan Group. Untuk ‘All’ ia memaparkan mesej yang telah dibaca, ‘Unread’ mesej yang belum dibaca atau dibuka dan ‘Group‘ memaparkan semua mesej perbualan dalam kumpulan atau komuniti.
Fungsi ini telahpun tersedia untuk semua pengguna merangkumi Android, iOS dan juga Web.
Format Text
WhatsApp telah menambah 4 format baru untuk teks permesejan. 4 format baru tersebut adalah bulleted list, numbered list, block quote dan inline code.
Cara untuk guna format teks baru :
- Bulleted list – Tambah ” – ” dalam mesej. Contoh “- Mesej”.
- Numbered list – Tambah ” titik (. ) dan jarak pada digit. Contoh 7.
- Block quote – Tambah ” > ” dalam mesej. Contoh ” > Mesej “
- Inline code – Tambah ” ` ” sebelum dan selepas perkataan yang diinginkan. Contoh ` Mesej `.
Screenshot Blocking
Fungsi ini menghalang pengguna untuk mengambil tangkap layar atau screenshot pada gambar profil.
Pengenalan fungsi ini adalah untuk meningkatkan lagi privasi pengguna dan melindungi gambar profil dari digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pin Messages
Fungsi ini membolehkan pengguna untuk pin mesej penting pada chats individu atau berkumpulan.
Boleh digunakan untuk pelbagai mesej seperti imej, teks, emoji dan juga undian. Terdapat beberapa tempoh yang boleh dipilih untuk mesej dipin iaitu 24 jam, 7 hari dan 30 hari. Selain itu, pengguna boleh melakukan pin sehingga 5 mesej dalam suatu masa.
Mesej yang dipin akan diletakkan di bahagian atas ruang sembang sekaligus memudahkan pengguna untuk melihat dan mengurangkan masalah terlepas pandang. Untuk menggunakan fungsi ini, pilih mesej yang ingin dipin. Seterusnya, tekan seketika pada mesej tersebut dan pilih pin pada bahagian menu.
Search by Date
Fungsi ini membolehkan pengguna untuk melakukan carian mesej dengan menggunakan tarikh. Boleh digunakan pada mesej individu atau berkumpulan.
Fungsi ini lebih memudahkan proses carian dalam masa yang sama pengguna dapat melihat semua perkongsian mesej pada sesuatu hari dengan lebih mudah.
Untuk menggunakan fungsi ini, pilih mesej yang ingin dicari (nama atau kumpulan), seterusnya pada bahagian menu pilih search, kemudian pilih ikon carian dan pilih tarikh.