Close

HONOR Magic V Flip akan diperkenalkan pada 13 Jun 2024

HONOR telah menjadualkan acara pelancaran untuk peranti baru mereka iaitu Magic V Flip pada 13 Jun di China. Peranti ini merupakan telefon lipat jenis clamshell pertama dari HONOR.

Seiring dengan itu, HONOR telah berkongsi beberapa imej awal peranti tersebut. Magic V akan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu merah jambu, putih dan hitam. Peranti ini hadir dengan skrin luar yang besar iaitu sekitar 4-inci bersama sokongan dwi-kamera. Menarik mengenai peranti ini adalah, Flash LED diletakkan pada bahagian belakang peranti menjadikan ia sedikit unik berbanding telefon lipat lain.

Skrin utama peranti ini menggunakan rekaan skrin dengan bingkai yang nipis dan simetri. Tidak ketinggalan, terdapat kamera swafoto yang diletakkan pada bahagian tengah yang menggunakan rekaan jenis punch hole.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi dalaman peranti ini. Namun, jika merujuk kepada pensijilan 3C China. Magic V Flip akan dilengkapi dengan bateri 4500mAh, pengecasan 66W dan kamera utama 50MP. Selain itu, peranti ini akan ditawarkan dengan 3 pilihan konfigurasi storan iaitu 12GB + 256GB, 12GB + 512GB dan 12GB + 1TB.

ARTIKEL BERKAITAN