Close

Cukai jalan EV diumumkan – Berkuat kuasa 1 Januari 2026

Kerajaan hari ini mengumumkan kadar bayaran untuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan elektrik (EV). Kadar bayaran LKM ini akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

Kadar ini ditentukan mengikut kepada kuasa output motor elektrik yang dihasilkan oleh kenderaan. Kadar bayaran akan meningkat selaras dengan kenaikan kuasa output motor elektrik. Prinsip penetapan bayaran dibuat berdasarkan kadar blok dengan setiap blok ditetapkan pada julat kuasa motor 100,000 Watt. Sebagai contoh, blok 1 mempunyai kuasa motor elektrik dari 1-100,000 Watt, manakala blok 2 adalah 100,001 hingga 210,000 Watt dan seterusnya.

Menurut Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke, kadar LKM ini adalah 85% lebih rendah berbanding kadar sedia ada. Dengan kadar LKM yang lebih rendah ia akan mengalakkan rakyat beralih kepada kenderaan elektrik (EV).

Selain itu, kadar bayaran LKM untuk EV akan dikaji semula sekurang-kurangnya setiap 5 tahun bagi memastikan keberkesanan dalam mencapai objektif dalam peralihan kenderaan elektrik.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pengecualian cukai jalan untuk kenderaan elektrik (EV) dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025. Pengecualian ini hanya melibatkan kereta yang dipacu dengan sumber elektrik, tidak tertakluk kepada kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin petrol/diesel.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN