Close

Kerajaan bakal perkenal bingkai plat khas untuk ‘EV’

Seiring dengan pengumuman kadar cukai bagi kenderaan elektrik (EV) yang berkuat kuasa 1 Januari 2026. Kerajaan akan turut memperkenalkan bingkai plat khas untuk (EV). Bermaksud, EV akan mempunyai bingkai plat khas dan bukan nombor pendaftaran khas.

Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke, menyatakan pengenalan bingkai plat khas untuk EV adalah untuk membezakan antara kenderaan biasa dan juga kenderaan elektrik. Bingkai plat khas tersebut akan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dan akan dipasang terus pada kenderaan elektrik.

Sehubungan dengan itu, kerajaan akan bekerjasama dengan syarikat kenderaan dalam menghasilkan bingkai plat khas yang merangkumi bahan yang bakal digunakan dan sebagainya. Namun begitu, maklumat lebih lanjut mengenai bingkai plat khas hanya akan diumumkan pada masa akan datang.

Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan yang bingkai plat khas ini akan mempunyai pilihan warna pada bahagian hujung dengan ikon yang menunjukkan ia adalah kenderaan elektrik.

Penggunaan nombor plat pendaftaran khas untuk kenderaan elektrik telahpun dilaksanakan di beberapa negara seperti Singapura, China, UK dan Jerman.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN