Close

Lamborghini Urus SE tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1.03 juta

Super SUV baru dari Lamborghini iaitu Urus SE secara rasmi tiba di pasaran Malaysia. Urus SE merupakan sebuah plug-in hybdrid (PHEV) dan tampil dengan reka bentuk yang lebih sporty dengan aerodinamik yang lebih optimum.

Untuk reka bentuk, Urus SE hadir dengan reka bentuk baru yang lebih dinamik dengan beberapa perubahan seperti hud, lampu hadapan LED matriks, bampar depan dan gril yang direka bentuk semula. Selain itu, reka bentuk baru ini turut memberikan peningkatan sebanyak 30% untuk sistem penyejukan khusus untuk sistem brek berbanding sistem sebelumnya.

Untuk prestasi, Urus SE dilengkapi dengan enjin twin-turbo 4.0 V8 yang mampu menghasilkan kuasa 611 hp dan tork 800 Nm yang digabungkan dengan motor elektrik dengan kuasa 189 hp dan tork 483 Nm. Menjadikan kuasa keseluruhan Super SUV ini adalah 789 hp dan tork 950 Nm.

Menggunakan tranmisi automatik 8 kelajuan dengan 10 mod pemanduan iaitu Strada, Sport, Corsa, Neve, Sabia, Terra, EV Drive, Hybrid, Performance dan Recharge. Urus SE ini mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 312 km/j. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan bateri 25.9 kWh yang mampu bergerak sejauh 60 km dengan kuasa elektrik sepenuhnya.

Di Malaysia, Urus SE dijual pada harga bermula RM1,028,000. Bagi yang berminat, Super SUV PHEV kini dibuka untuk pra-tempahan.

ARTIKEL BERKAITAN