Close

Aplikasi MyJPJ kini menyokong pembayaran secara atas-talian

Aplikasi MyJPJ yang diperkenalkan sebagai pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menyokong pembayaran secara atas-talian melalui bank atau (FPX).

Dengan pengenalan pembayaran secara atas-talian ini, ia memboleh rakyat membuat pembaharuan dan pembayaran dengan lebih mudah melalui perbankan internet. Sebelum ini, aplikasi ini hanya menyokong satu cara pembayaran sahaja iaitu melalui kad kredit atau debit.

Selain pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu, aplikasi ini turut menyokong beberapa lagi perkhidmatan lain seperti bidaan nombor kenderaan, semakan nombor terkini, semakan lesen kenderaan, semakan keputusan ujian, semakan saman dan semakan senarai hitam.

Aplikasi MyJPJ boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery. Bagi anda yang ingin memperbaharui lesen memandu (e-LMM) dan cukai jalan (e-LKM) melalui MyJPJ boleh rujuk di sini.

ARTIKEL BERKAITAN