Infinix Malaysia secara rasmi menawarkan satu lagi pilihan model baru di bawah siri NOTE iaitu Infinix NOTE 40 5G. Merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dan hadir dengan spesifikasi yang berkuasa.
Infinix NOTE 40 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1300 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7020 yang dipadankan dengan 12GB dan storan dalaman 512GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP + 2MP dan swafoto 32MP. Kamera ini turut menyokong pelbagai mod fotografi menarik seperti Super Night, AR Shot, AI Cam dan AR Shot. Untuk rakaman video pula ia menyokong resolusi sehingga 2K 30fps. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W berwayar dan 15W tanpa wayar (MagCharge).
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, penarafan IP53, NFC, pengimbas cap jari dan menjalankan sistem operasi XOS 14 yang berasaskan Android 14. Dari segi kemas kini, peranti ini menyokong kemas kini Android selama 2 tahun dan kemas kini keselamatan selama 3 tahun.
Di Malaysia, Infinix NOTE 40 5G dijual pada harga RM1299 untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Titan Gold dan Obsidian Black. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dipra-tempah bermula hari ini melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop.