realme secara rasmi telah menjadualkan acara pelancaran untuk peranti baru mereka iaitu siri GT6 pada 20 Jun 2024 di Milan, Itali. Dua peranti dijangka akan diperkenalkan iaitu realme GT6 dan GT 6T.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan. Namun begitu, terdapat laporan menyatakan GT6 adalah penjenamaan semula dari realme GT Neo6 dan realme GT 6T adalah penjenaman semula realme GT Neo6 SE. Kedua-dua peranti ini telahpun diperkenalkan lebih awal untuk pasaran China.
Jika merujuk kepada spesifikasi di China, kedua-dua peranti ini hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 6000nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 untuk realme GT6 dan cip Snapdragon 7+ Gen 3 untuk realme GT 6T.
Selain itu, kedua-dua peranti ini akan turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI). Lebih menarik, peranti ini akan turut diperkenalkan ke pasaran tempatan. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah ia akan tersedia dalam 2 pilihan model atau sebaliknya.
Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai peranti ini hanya akan diketahui selepas acara pelancarannya. Jadi, sama-sama kita nantikan.