Pengganti kepada Phone (2) iaitu Phone (3) hanya akan diperkenalkan pada 2025. Perkara tersebut dikongsi oleh pengasas Nothing iaitu Carl Pei melalui platform X (Twitter).
There's been a lot of hype around AI. Some great, some confusing. It’s great to see new companies rethinking the user experience and form factors. However, there is no doubt that smartphones will remain the main consumer AI form factor for the foreseeable future. With over 4… pic.twitter.com/ERJc7xhwBa
— Carl Pei (@getpeid) June 5, 2024
Carl Pei menyatakan, Nothing tidak merancang untuk memperkenalkan Phone (3) pada tahun ini. Kerana pada ketika ini, mereka lebih memfokuskan kepada intergrasi kecerdasan buatan (AI) pada sistem operasi seperti mana yang ditawarkan oleh pengeluar lain. Seiring dengan itu, Nothing telah memperlihatkan beberapa fungsi yang telah dibangunkan oleh mereka seperti pembantu maya dan home screen yang dijana melalui AI.

Selain itu, beliau turut menyatakan langkah ini adalah sebagai jambatan yang menghubungan antara dunia berasaskan aplikasi kepada dunia pasca aplikasi. Nothing menyasarkan Phone (3) akan menjadi peranti terawal yang akan diintergrasikan dengan keupayaan dan juga fungsi yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).