Close

Elon Musk mungkin tinggalkan Tesla – Ini sebabnya…

Elon Musk berkemungkinan akan meninggalkan Tesla sekiranya pakej gaji $56 billion yang dijanjikan oleh pemegang saham tidak diluluskan.

Perjanjian pakej gaji bernilai $56 billion yang dibuat pada 2018 itu dikatakan telah dibatalkan oleh seorang hakim di Delaware pada Januari 2024 dengan menyatakan perjanjian tersebut sebagai tidak adil atau ‘deeply flawed‘. Berikutan itu, Robyn Denholm salah seorang lembaga pengarah Tesla telah menulis surat kepada pemegang saham untuk meluluskan pakej gaji tersebut.

Dalam surat tersebut, Robyn Denholm turut menyatakan sekiranya pakej gaji tidak diluluskan Elon Musk mungkin bertindak untuk meninggalkan Tesla. Pemegang saham Tesla akan membuat undian pada 13 Jun ini dalam menentukan keputusan untuk membayar ataupun tidak.

Pada ketika ini, jualan EV dari Tesla memperlihatkan penurunan yang ketara. Selain itu, Tesla kini bukan lagi EV paling popular di dunia sebaliknya BYD. Elon Musk dikatakan hilang fokus terhadap Tesla selepas membeli Twitter pada Oktober 2022. Berikutan itu, beliau memerlukan sokongan motivasi melalui pakej gaji tersebut untuk terus memacu Tesla pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN