Close

Redmi 13 tiba di Malaysia dengan harga RM699

Peranti kelas permulaan baru dari Xiaomi iaitu Redmi 13 secara rasmi tiba untuk pasaran tempatan. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dan menjalankan sistem operasi terbaru dari Xiaomi iaitu HyperOS.

Redmi 13 hadir dengan skrin LCD 6.79-inci dengan resolusi FHD+ yang menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G91-Ultra yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP dan swafoto 13MP. Kamera peranti ini menyokong resolusi rakaman sehingga 1080p 30fps. Bateri 5030mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Spesifikasi lain yang turut tersedia adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooh 5.4, bicu audio 3.5mm, penarafan IP53, Infrared dan menjalankan sistem operasi HyperOS.

Di Malaysia, Redmi 13 dijual pada harga RM699 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula 14 Jun ini. Pembeli terawal akan menerima hadiah percuma Redmi Buds 4 Active.

ARTIKEL BERKAITAN