Close

Pengguna TikTok Shop boleh ‘return’ barang jika ubah fikiran – Berkuat kuasa 7 Julai 2024

Bermula 7 Julai 2024, TikTok Shop bakal menyokong fungsi baru ‘No longer needed’, membolehkan pengguna memulangkan barang atau produk yang dibeli sekiranya berubah fikiran atau barang tersebut tidak lagi diperlukan.

Melalui fungsi ini, pengguna atau pembeli boleh memulangkan kembali produk yang tidak lagi diperlukan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaran untuk penjual di TikTok Shop Mall dan 6 hari untuk bukan penjual di TikTok Shop Mall.

Proses ini memerlukan pembeli melakukan permohonan pemulangan wang kembali terlebih dahulu dengan memilih pilihan ‘no longer needed’. Kemudian, penjual perlu mengesahkan proses tersebut dalam masa 1 hari atau sistem TikTok Shop mengesahkan secara automatik sekiranya melebihi tempoh yang ditetapkan.

Namun begitu, produk yang dipulangkan perlu dalam keadaan baik dan memenuhi syarat tertentu. Sekiranya tidak, penjual boleh menolak proses tersebut. Walaubagaimanapun, fungsi ini tidak boleh digunakan untuk produk seperti makanan & minuman, produk kecantikan, produk kesihatan, pakaian dan lain-lain.

Selain itu, kos pemulangan dan penghantaran tidak akan ditanggung oleh penjual dan fungsi ini tidak akan menjejaskan metrik prestasi pekedai atau penjual. Untuk maklumat lanjut mengenai fungsi ini, boleh layari laman rasmi TikTok Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN