Close

Pakej 5G RAHMAH dilanjutkan sehingga 30 Jun 2024

Kerajaan mengumumkan penawaran pakej 5G RAHMAH khusus untuk golongan B40 dilanjutkan sehingga 30 Jun 2024. Melalui pakej ini, ia membolehkan rakyat menikmati rangkaian 5G pada harga lebih mampu milik.

Pakej 5G RAHMAH ini telahpun ditawarkan bermula Ogos tahun lalu. Terdapat 3 penyedia perkhidmatan terpilih yang menawarkan pakej ini iaitu CelcomDigi, YES 5G dan Maxis. Pakej ini didatangkan dengan harga langganan RM60 dengan kuota internet sebanyak 60GB. 

Selain itu, pakej ini terhad kepada 100,000 pendaftaran pertama dengan subsidi maksimum sebanyak RM120. Pakej ini turut didatangkan dengan kontrak pelan selama 24 bulan. Untuk langganan dan maklumat lanjut, boleh hubungi penyedia perkhidmatan terpilih.

ARTIKEL BERKAITAN