Perkara yang menjadi tumpuan pada acara WWDC 2024 semestinya adalah pengumuman iOS baharu iaitu iOS 18. Melaluinya, ia hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti sokongan ubah suai yang lebih menyeluruh dan sokongan privasi yang lebih baik.
Home Screen customization
iOS 18 kini menyokong ubah suai home screen yang lebih baik dan menarik. Pengguna kini boleh menyusun aplikasi mengikut kesesuaian, menukar warna tema dan warna ikon aplikasi kini boleh diubah mengikut kesukaan pengguna. Tidak ketinggalan, pengguna juga boleh menambah dan menyusun widget pada home screen.
Lock Screen customization
iOS 18 turut menyokong ubah suai lock screen, membolehkan pengguna menukar kawalan akses pantas pada bahagian bawah skrin kepada kawalan yang lain melalui control gallery.
Control center customization
Apple telah mereka bentuk semula control center untuk menjadikan ia lebih mudah diakses dan lebih berguna untuk penggunaan harian. Yang mana, control center kini mempunyai fleksibiliti yang lebih baik dan boleh disusun mengikut kepada kesesuaian pengguna.
Lebih menarik, pengguna kini boleh menambah dan mengubah saiz pada control center. Selain itu, aplikasi pihak ketiga turut boleh ditambah pada control center.
Privacy
Fungsi privasi baru ini membolehkan pengguna untuk mengunci dan menyembunyikan aplikasi dari dilihat oleh pengguna lain. Sebagai contoh, apabila aplikasi tersebut dikunci atau disembunyikan pengguna lain tidak dapat melihat sebarang notifikasi dari aplikasi tersebut dan memerlukan kata laluan atau Face ID untuk membuka aplikasi.
Lebih menarik, apabila fungsi ini diaktifkan kandungan seperti mesej atau e-mel akan disembunyikan daripada carian, pemberitahuan dan sebagainya. Fungsi ini memberikan pengguna lebih banyak kawalan privasi pada aplikasi.
Tap to Cash
Fungsi ini membolehkan pengguna menghantar atau menerima Apple Cash dengan hanya mendekatkan iPhone. Fungsi ini boleh dikatakan mirip seperti NameDrop yang membolehkan pengguna berkongsi data seperti emel dan nombor telefon dengan hanya mendekatkan iPhone.
Clean Up
Jika Android mempunyai fungsi Magic Eraser, Apple juga mempunyai fungsi lebih kurang sama iaitu Clean Up. Fungsi ini membolehkan pengguna membuang subjek yang tidak diingini pada imej. Clean Up dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil Apple Intelligence.
Messages
Messages kini menyokong beberapa penambah baikkan seperti tap backs, text effect, messages via satelite dan juga RCS messages. Pengguna kini boleh memberikan reaksi pada mesej yang diterima dengan menggunakan fungsi tap backs pada mesej tersebut. Message kini menyokong text effect berdasarkan perkataan yang ditulis seperti bouncing, blown dan sebagainnya.
Pengguna kini boleh menghantar dan menerima message melalui satelit terdekat. Selain itu, Apple kini menyokong RCS messages yang membolehkan pengguna iPhone menerima dan menghantar message daripada peranti Android.
Game mode
iOS 18 kini menyokong fungsi game mode sekaligus memberikan pengalaman permainan yang lebih baik. Fungsi ini menjadikan frame rate lebih konsisten ketika bermain permainan untuk pada jangka masa yang panjang. Selain itu, fungsi ini turut menawarkan sambungan yang lebih stabil dan lebih responsif untuk aksesori tanpa wayar seperti AirPods atau alat kawalan.
Action button
Melalui iOS 18, action button kini menyokong lebih banyak pintasan yang merangkumi pintasan dari control gallery. Sekaligus, memudahkan pengguna untuk mengakses pintasan dengan lebih mudah dan pantas.
Pada iOS 18, aplikasi Mail turut menerima perubahan untuk menjadikan ia lebih tersusun dan mudah untuk dillihat. Melaluinya, Apple memperkenalkan beberapa kategori antara Primay yang memfokuskan kepada e-mel penting sahaja, transaction mengenai pembayaran, promotion untuk berkaitan tawaran menarik dan Updates mengenai media sosial.
Maps
Apple turut menambah baik aplikasi Maps dengan membawakan antaramuka topografik dan turut menyokong muat turun maps secara offline. Selain itu, pengguna juga boleh menambah routes ke dalam library untuk digunakan secara offline.
Photos
Aplikasi Photos telah direka bentuk semula untuk menjadikan ia lebih mudah untuk diakses dan lebih tersusun. Imej kini disusun pada bahagian atas dan dipisahkan kepada beberapa kategori seperti recent days, people and pets, memories dan sebagainya. Selain itu, pengguna kini boleh melakukan carian yang lebih spesifikasi dengan lebih mudah melalui tahun atau bulan.
Pengguna juga boleh mengubah suai beberapa perkara seperti filter, view options dan susunan mengikut tarikh atau imej paling baru diambil. Selain itu, pengguna kini boleh menyusun imej mengikut kategori dengan lebih mudah.
iOS 18 dijangka akan tersedia untuk semua pengguna iPhone sekitar September atau Oktober. Untuk versi beta dijangka akan tersedia tidak lama lagi.