Close

Apple perkenal 5 sistem operasi baru – Semua tentang WWDC 2024

Pada acara Worldwide Developer Conference 2024 (WWDC 24) Apple telah mengumumkan generasi baru sistem operasi mereka. Melaluinya, terdapat pelbagai fungsi baru yang menarik yang dibawakan oleh Apple. Berikutan itu, kami ingin berkongsi semua tentang WWDC 24.

visionOS 2

Apple nampaknya semakin serius dalam membangunkan sistem operasi untuk set kepala realiti mereka dengan memperkenalkan visionOS 2. Melaluinya, ia hadir dengan pelbagai fungsi menarik dalam masa yang sama menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Bercakap mengenai pengalaman penggunaan, visionOS 2 kini menyokong gerak isyarat baru yang memudahkan pengguna untuk melakukan navigasi. Sekaligus menjadikan ia lebih mudah untuk dikendalikan berbanding sebelum ini. Selain itu, pengguna kini boleh mengubah suai dan menyusun Home View mengikut kepada kesesuaian.

Fungsi lain yang turut tersedia adalah seperti sokongan aksesori tambahan melalui tetikus, suntingan spatial video pada final cut pro, shareplay for photos, Apple TV dan banyak lagi.

watchOS 11

Apple turut membawakan sistem operasi baru untuk jam tangan pintar mereka melalui watchOS 11. Hadir dengan pelbagai peningkatan dan fungsi baru yang lebih menarik. Untuk fungsi baru, watchOS 11 kini menyokong training load yang membantu atlit atau pengguna mencapai matlamat mereka dengan melihat intensiti senaman yang dilakukan. Apple turut membawakan fungsi vitals yang membolehkan pengguna memahami lebih mendalam mengenai status kesihatan mereka.

Selain itu, terdapat juga fungsi Check In, yang mana fungsi ini membolehkan pengguna memberitahu sekiranya telah selamat sampai atau berkongsi kemas kini dengan keluarga. Fungsi lain yang turut dibawakan adalah seperti live activities, interactive widget, translate, effort rating dan banyak lagi.

macOS Sequoia

Apple turut mengumumkan sistem operasi baru untuk komputer mereka iaitu macOS Sequoia. Pada kali ini, Apple lebih memfokuskan kepada keupayaan ruang kerja dan juga kemampuan produktivi yang lebih baik.

Fungsi paling menarik pada macOS Sequoia adalah iPhone Mirroring. Fungsi ini membolehkan pengguna melihat dan mengawal iPhone melalui komputer. Selain itu, fungsi membolehkan pengguna menghantar data atau dokumen dengan lebih mudah melalui drag and drop.

Fungsi lain yang turut tersedia pada adalah seperti Live audio transcription, Math Notes, password apps, text effects dan banyak lagi. Sistem operasi macOS Sequoia ini akan turut tersedia iMac Pro 2017 ke atas, MacBook Pro 2018 ke atas, Mac mini 2018 ke atas dan Mac Pro 2019 ke atas.

iPadOS 18

Untuk iPadOS 18, ia menyokong kebanyakan fungsi yang ditawarkan pada iOS 18 seperti home screen customization, game mode, control center customization dan lain-lain. Namun begitu, terdapat beberapa sokongan atau fungsi yang ditawarkan khas untuk iPad.

Untuk iPadOS 18, ia memfokuskan kepada keupayaan Apple Pencil melalui aplikasi yang ditambah baik untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Antara fungsi yang dibawakan adalah seperti smart script, collapsibel section, interactive graphing dan sebagainya.

iPadOS 18 dijangka akan tersedia kepada pengguna sekitar September atau Disember tahun ini. Sistem operasi ini menyokong iPad Mini generasi ke-5 ke atas, iPad generasi ke-7 ke atas, iPad Air generasi ke-3 ke atas, iPad Air M2, iPad 11 generasi pertama ke atas, iPad Pro 12.9″ generasi ke-3 ke atas dan iPad Pro (M4)

iOS 18

Perkara yang menjadi tumpuan pada acara WWDC 2024 semestinya adalah iOS 18. Melaluinya, ia hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti sokongan ubah suai yang lebih menyeluruh dan sokongan privasi yang lebih baik.

Antara fungsi menarik yang dibawakan oleh Apple pada iOS 18 adalah home screen customization, game mode, control center customization dan lain-lain. Tidak ketinggalan, Apple turut memuatkan beberapa fungsi yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI) melalui Apple Intelligence.

iOS 18 dijangka akan tersedia kepada pengguna sekitar September tahun ini. Terdapat 23 model yang di senaraikan menyokong kemas kini iOS 18 bermula dari iPhone SE ke-2 ke atas, iPhone XR, siri iPhone XS, siri iPhone 11, siri iPhone 12, siri iPhone 13, siri iPhone 14 dan siri iPhone 15.

ARTIKEL BERKAITAN