Close

Senarai iPhone yang menyokong kemas kini iOS 18

Apple secara rasmi telah mengumumkan sistem operasi baru iaitu iOS 18 pada acara WWDC 2024. Hadir dengan pelbagai fungsi menarik dan dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI) Apple Intelligence.

Seiring dengan pengumuman tersebut, Apple turut berkongsi senarai penuh peranti yang menyokong kemas kini iOS 18. Menariknya, semua model yang menjalankan sistem operasi iOS 17 menyokong kemas kini untuk iOS 18.

Melalui perkongsian tersebut, terdapat 23 model yang di senarai menyokong kemas kini iOS 18 bermula dari iPhone SE ke-2 ke atas, iPhone XR, siri iPhone XS, siri iPhone 11, siri iPhone 12, siri iPhone 13, siri iPhone 14 dan siri iPhone 15. Pada ketika ini, iOS 18 beta telahpun tersedia untuk pembangun manakala untuk versi stabil ia dijangka akan tersedia kepada pengguna sekitar September ini.

ARTIKEL BERKAITAN