Close

Apple Intelligence diperkenalkan – Tersedia secara percuma untuk iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia

Pada acara WWDC 2024, Apple telah memperkenalkan kecerdasan buatan (AI) mereka sendiri yang dipanggil sebagai Apple Intelligence. Hadir dengan pelbagai keupayaan menarik yang dikuasakan dengan AI dan ditawarkan secara percuma untuk beberapa sistem operasi.

Clean Up

Jika Android mempunyai fungsi Magic Eraser, Apple juga mempunyai fungsi yang lebih kurang sama iaitu Clean Up. Fungsi ini membolehkan pengguna membuang subjek yang tidak diingini pada imej dengan menggunakan aplikasi Photos.

Siri

Siri antara fungsi yang menerima perubahan paling ketara melalui Apple Intelligence. Siri kini diintergrasikan dengan keupayaan yang lebih baik dan lebih mendalam merangkumi pelbagai aspek. Selain itu, siri kini mampu memberikan reaksi yang lebih semula jadi, relevan dan lebih peribadi dalam setiap komunikasi.

Siri turut hadir dengan animasi baru glowing effect pada sekeliling skrin apabila diaktifkan. Lebih menarik, siri kini boleh menjalankan arahan dengan melalui teks dengan hanya melakukan double tap pada bahagian bawah skrin. Tidak ketinggalan, siri kini boleh digunakan untuk menjalankan arahan merentasi aplikasi seperti membuka emel, mencari imej dan sebagainya.

Image wand

Fungsi ini membolehkan lukisan atau lakaran yang dihasilkan oleh pengguna menjadi imej yang baik. Pengguna hanya perlu membulatkan lukisan yang dibuat seterusnya AI akan memberikan pilihan untuk menjadikan imej berkenaan yang lebih baik.

Selain itu, pengguna boleh membulatkan ruang kosong dan AI akan mencadangkan imej yang sesuai untuk diletakkan di dalam nota. Fungsi ini tersedia dalam aplikasi nota.

ChatGPT

Siri kini disepadukan dengan ChatGPT daripada OpenAI. Melaluinya, pengguna kini boleh menggunakan ChatGPT tanpa perlu menggunakan aplikasi dan tanpa memerlukan akaun. Selain itu, siri boleh memanfaatkan kelebihan ChatGPT untuk pelbagai tugas dan memberikan lebih banyak maklumat.

Fungsi ini boleh diakses secara percuma dan turut boleh disambungkan kepada akaun berbayar untuk akses fungsi yang lebih premium.

Writing tools

Writing tools dengan Apple Intelligence menawarkan kemampuan penulisan yang lebih baik dan lebih kreatif. Membantu pengguna mencari perkataan atau ayat yang lebih sesuai dengan keupayaan bahasa yang dipertingkat. Lebih menarik, ia mampu meringkaskan dan menyusun semula nota atau artikel hanya dalam beberapa saat. Fungsi ini turut boleh digunakan pada aplikasi pihak ketiga.

Audio recordings and transcripts

Fungsi ini membolehkan audio yang dirakam disalin semula dalam bentuk ringkasan. Sebagai contoh, rakaman audio panggilan yang dirakam akan disalin dalam bentuk transckrip secara automatik sebaik sahaja panggilan ditamatkan. Kemudian, Apple Intelligance akan menjana ringkasan untuk memudahkan pengguna mengetahui maklumat penting. Fungsi ini tersedia pada Notes dan juga Phone.

Genmoji

Melalui Genmoji, pengguna kini boleh menghasilkan emoji secara terus melalui arahan teks dengan menerangkan emoji yang diinginkan. Sebagai contoh menulis ‘Smiley relaxing wearing cucumbers’ dan ia akan memaparkan beberapa pilihan berdasarkannya. Lebih menarik, Genmoji boleh digunakan sebagai sticker atau tap back pada aplikasi Message.

Privacy

Apple Intelligence dibangunakan dan direka untuk melindungi privasi pengguna. Yang mana, semua tugasan Apple Intelligence boleh dilakukan secara terus melalui peranti namun sekiranya memerlukan maklumat atau arahan yang lebih kompleks Apple akan menggunakan Private Cloud Compete.

Menariknya, Private Cloud Compete hanya mengetahui maklumat peribadi dan tidak mengumpul sebarang maklumat peribadi pengguna. Keupayaan ini dikuasakan melalui cip Apple Silicon.

Apple Intelligence hanya menyokong peranti yang menggunaka cip A17 Pro dan cip M1 dan terbaru. Bermaksud, Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti iPhone 15 Pro, iPad dan Mac dengan cip M1 dan ke atas.

ARTIKEL BERKAITAN