Maybank bakal menamatkan kemas kini aplikasi Maybank2U MY bermula 30 Jun 2024. Bermaksud, aplikasi tersebut tidak lagi akan menerima kemas kini dan tidak lagi boleh dimuat turun selepas tarikh tersebut.
Aplikasi tersebut tidak lagi akan tersedia di mana-mana platform seperti Google Play Store, Huawei AppGallery dan Apple App Store. Walaubagaimanapun, aplikasi Maybank2U MY buat masa ini masih lagi boleh digunakan seperti biasa. Namun begitu, Maybank menyarankan pengguna untuk beralih kepada aplikasi MAE.
Melalui aplikasi MAE, ia turut menawarkan pelbagai fungsi perbankan dalam masa yang sama menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Selain itu, ia turut hadir dengan ciri keselamatan yang dipertingkat untuk melindungi aktiviti perbankan pengguna.
Sebelum ini, CIMB turut melakukan langkah yang sama seperti Maybank dengan menamatkan sokongan aplikasi CIMB Clicks dan diganti dengan CIMB OCTO.