Close

Rekaan Nothing CMF Phone 1 tertiris – Guna binaan plastik dengan ‘Nothing lock’

Sub-jenama kepada Nothing iaitu CMF bakal memperkenalkan fon pertama mereka tidak lama lagi. Fon pertama dari CMF ini adalah sebuah peranti kelas pertengahan dan akan dijual pada harga lebih mampu milik.

Terbaru, terdapat laporan mendedahkan rekaan yang didakwa sebagai CMF Phone 1. Melalui perkongsian tersebut memperlihatkan peranti tersebut hadir dengan pilihan warna jingga dan menggunakan binaan plastik pada panel belakang. Panel belakang peranti ini dikatakan boleh dibuka untuk membolehkan bateri ditukar dengan lebih mudah. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan logo CMF diletakkan pada bahagian tengah.

Apa yang unik mengenai CMF Phone 1 adalah ia hadir dengan rotating dial yang dikenali sebagai ‘Nothing Lock’. Namun begitu, tidak dapat dipastikan fungsi sebenar Nothing Lock.

Selain itu, peranti ini tidak akan dilengkapi dengan sistem lampu LED Glyph seperti mana yang ditawarkan pada Nothing Phone. Dari segi spesifikasi, CMF Phone 1 dijangka hadir dengan skrin OLED FHD+ 6.67-inci, kamera utama 50MP, 8GB RAM, 256GB storan dalaman dan bateri 5000mAh. Cip yang akan digunakan pada peranti ini berkemungkinan adalah Dimensity 7300.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN