Close

HTC U24 Pro diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 7 Gen 3 dan kamera 50MP

HTC secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu U24 Pro bagi menggantikan model sebelum ini iaitu U23 Pro. Hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan bersama dengan rekaan yang lebih baik dan menarik.

HTC U24 Pro hadir dengan skrin OLED FHD+ bersaiz 6.8-inci bersama paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan bateri 4600mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 60W dan 15W tanpa wayar.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar + 5MP Telefoto. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 50MP. Kemampuan kamera ini turut dipertingkat dengan kecerdasan buatan (AI) dan mampu merakam video pada resolusi 4K.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP67, pengimbas cap jari bawah skrin, bicu audio 3.5mm, NFC dan menjalankan Android 14.

Di Taiwan, HTC U24 Pro ini dijual pada harga bermula sekitar TWD18,990 (RM2771) untuk 12GB + 256GB dan TWD20,999 (RM3063) untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Twilight White dan Space Blue.

ARTIKEL BERKAITAN