Apple mengesahkan yang mereka tidak lagi akan menggunakan Apple ID pada platform mereka sebaliknya akan dijenamakan semula sebagai Apple Account.
Penggunaan Apple Account akan bermula pada sistem operasi generasi baru yang merangkumi iOS 18, iPadOS 18, WatchOS 11 dan macOS Sequoia. Penjenamaan semula ini adalah untuk memberikan pengalaman pendaftaran masuk yang lebih konsisten merentasi perkhidmatan dan peranti Apple.
Pada ketika ini, Apple masih lagi menggunakan Apple ID di beberapa platform mereka. Perubahan yang lebih menyeluruh dijangka akan dilakukan selepas kemas kini stabil untuk iOS 18, iPadOS 18, WatchOS 11 dan macOS Sequoia tersedia untuk semua pengguna.