Close

HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte dan MateBook 14 akan tiba di Malaysia 18 Jun ini

HUAWEI Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran dua peranti baru mereka iaitu HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte dan MateBook 14 pada 18 Jun ini.

Seiring dengan itu, HUAWEI Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk kedua-dua peranti bermula 12 hingga 17 Jun 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima pelbagai hadiah percuma yang menarik. Namun begitu, harga jualan kedua-dua peranti ini masih lagi tidak diketahui.

MatePad 11.5″S PaperMatte Edition

Untuk spesifikasi, HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition hadir dengan skrin LCD bersaiz 11.5-inci dengan resolusi 2800×1840 yang turut menyokong paparan 144Hz. Skrin tablet ini menggunakan teknologi PaperMatte baru yang mengurangkan pantulan cahaya dengan lebih baik dalam masa yang sama masih menawarkan perincian kandungan dengan lebih baik.

Dikuasakan dengan cip Kirin 9000WL yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. Menggunakan kamera tunggal depan dan belakang dengan sensor 8MP untuk swafoto dan 13MP untuk belakang. Dimuatkan dengan bateri 8800mAh yang menyokong pengecasan 22.5W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti 4 pembesar suara, Bluetooth 5.2, stylus M-Pencil dengan NearLink Starlight Wireless Connection Technology dan menjalankan HarmonyOS 4.2.

Setiap pra-tempahan untuk MatePad 11.5″S PaperMatte Edition, ia didatangkan dengan rebat RM200 dan hadiah percuma bernilai RM2046 iaitu HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI M-Pencil
3rd Gen, HUAWEI Mouse dan Freebuds 5i. Pra-tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi HUAWEI Malaysia.

HUAWEI MateBook 14 (2024)

MateBook 14 (2024) ini dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 14.2-inci dengan resolusi 2.8K yang turut menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Intel Core Ultra 7 yang dipadan dengan 16GB RAM dan storan dalaman 1TB SSD. Untuk prestasi grafik ia menggunakan GPU Intel Arc Graphics.

Dimuatkan dengan bateri 70Wh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Untuk sambungan, ia hadir dengan 3x USB-C, 1x USB-A, 1x bicu audio 3.5mm dan 1x HDMI. Komputer riba ini turut dimuatkan dengan fungsi AI Camera dan AI Sound. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooth 5.1, dan menjalankan Windows 11 Home.

Setiap pra-tempahan untuk MateBook 14 (2024), ia didatangkan dengan hadiah percuma bernilai RM1614 iaitu 3 in 1 Printer, HUAWEI Mouse, HUAWEI Trendy Backpack, Laptop Stand, Microsoft Office Home & Student dan jaminan tambahan 1 tahun. Pra-tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi HUAWEI Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN