Close

PROTON perkenal nama dan logo baru untuk EV – Tiba Disember 2024

Proton Holdings Berhad (PROTON) secara rasmi telah memperkenalkan nama dan logo baru bagi kenderaan elektrik (EV) mereka. EV pertama dari PROTON ini akan dikenali sebagai e.MAS dan akan menggunakan rekaan logo baru yang lebih minimal.

Lebih menarik, EV pertama dari PROTON iaitu e.MAS akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Selain itu, PROTON turut mengumumkan pelantikan 17 pengedar rasmi untuk EV pertama mereka. Sasaran awal PROTON untuk membuka 30 cawangan menjelang 2025 dengan rancangan mengembangkan rangkaian jualan mengikut keperluan pasaran.

Tidak hanya memfokuskan kepada jualan, PROTON akan turut melabur dalam membangunkan infrastruktur untuk menawarkan rangkaian perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna.

e.MAS berkemungkinan akan dihasilkan menggunakan asas Geely Galaxy E5. Model ini menggunakan platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA), yang dibangunkan untuk Sustainable Experience Architecture (SEA) yang khusus untuk kenderaan EV.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN