POCO Malaysia secara rasmi memperkenalkan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu POCO M6. Merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan rekaan dan spesifikasi yang hampir sama dengan Redmi 13.
Perbezaan ketara antara Redmi 13 dan POCO M6 adalah kemasan panel belakang yang menggunakan rekaan dua tona. Untuk spesifikasi, POCO M6 hadir dengan skrin LCD 6.79-inci dengan resolusi FHD+ yang menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G91-Ultra yang digabungkan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP ISOCELL HM6 + 2MP dan swafoto 13MP. Kamera peranti ini menyokong resolusi rakaman sehingga 1080p 30fps. Bateri 5030mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W.
Spesifikasi lain yang turut tersedia adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooh 5.4, bicu audio 3.5mm, penarafan IP53, Infrared dan menjalankan sistem operasi HyperOS.
Di Malaysia, POCO M6 dijual pada harga RM699 (6GB + 128GB) dan RM799 (8GB + 256GB). Peranti ini boleh dibeli dengan harga promosi iaitu RM539 (6GB +128GB) dan RM639 (8GB + 256GB). Namun begitu, harga promosi ini ditawarkan untuk masa terhad bermula 13 hingga 19 Jun 2024.