Bagi melindungi privasi pengguna, platform X atau dikenali sebagai Twitter kini mula menyembunyikan Likes penguna dari dilihat.
This week we’re making Likes private for everyone to better protect your privacy.
— Engineering (@XEng) June 11, 2024
– You will still be able to see posts you have liked (but others cannot).
– Like count and other metrics for your own posts will still show up under notifications.
– You will no longer see who…
Namun begitu, pengguna atau pemilik akaun masih boleh melihat hantaran yang disukai. Bilangan atau jumlah suka dan metrik lain untuk hantaran masih lagi dipaparkan pada bahagian notifikasi. Selain itu, pengguna tidak lagi boleh melihat siapa yang menyukai hantaran sebaliknya hanya pemilik kandungan sahaja yang boleh melihat siapa yang menyukai hantaran mereka.

Walaubagaimanapun, tindakan X menyembunyikan Likes menerima pendapat berbeza oleh pengguna antara berkenaan dengan manipulasi Likes oleh bot dan sebagainya.