Close

Siri OPPO Reno12 akan tiba secara global pada 18 Jun ini

OPPO telah menjadualkan acara pelancaran siri Reno12 secara global pada 18 Jun ini. Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China pada Mei lalu.

Siri OPPO Reno12 hadir dengan dua pilihan model iaitu Reno12 dan Reno12 Pro. Bercakap mengenai spesifikasi, tidak dapat dipastikan adakah sama seperti pasaran China atau sebaliknya.

Untuk pasaran China, Reno12 dan Reno12 Pro berkongsi spesifikasi lebih kurang sama, dibezakan dengan cip dan kemampuan kamera. Siri Reno12 hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi 1080×2412. Menggunakan skrin jenis quad-curved yang turut menyokong paparan 120Hz. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Reno12 dikuasakan dengan cip Dimensity 8250 manakala Reno12 Pro pula dikuasakan dengan cip Dimensity 9200+. Dipadankan dengan konfigurasi RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Siri OPPO Reno12 ini akan turut ditawarkan di Malaysia. Lebih menarik, OPPO Malaysia telahpun membuka pra-tempahan awal dengan deposit hanya RM50 sahaja. Setiap pra-tempahan akan menerima baucar rebat RM100 dan pelbagai hadiah menarik yang masih lagi dirahsiakan. Selain itu, harga jualan rasmi untuk pasaran tempatan turut tidak didedahkan dan hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN