Xiaomi secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Xiaomi 14 Civi untuk pasaran India. Memfokuskan kepada kemampuan kamera dengan kerjasama Leica yang dipadankan dengan spesifikasi yang berkuasa.
Xiaomi 14 Civi hadir dengan skrin Quad Curved OLED bersaiz 6.55-inci dengan resolusi 1.5K. Menyokong paparan 120Hz, Touch Sampling Rate 240Hz, kecerahan puncak 3000nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Untuk fotografi, Xiaomi 14 Civi dilengkapi dengan kanta Leica Vario-Summilux dengan tetapan tri-kamera belakang. Kamera utama menggunakan sensor 50MP Light Fusion 800 OIS + 50MP Telefoto + 12MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor 32MP. Menyokong rakaman video sehingga 4K 30fps untuk kamera hadapan dan kamera belakang. Dimuatkan dengan bateri 4700mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W
Spesifikasi lain yang turut dibawa adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, IR Blaster, WiFi 6, NFC, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS.
Untuk harga jualan, Xiaomi 14 Civi dijual pada harga bermula sekitar INR43,000 (RM2422) untuk 8GB + 256GB dan INR48,000 (RM2704) untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Shadow Black, Matcha Green dan Cruise Blue.