HONOR secara rasmi memperkenalkan telefon lipat baru mereka iaitu Magic V Flip. Merupakan telefon lipat jenis clamshell pertama dari HONOR dan hadir dengan pelbagai spesifikasi yang menarik.
Menarik mengenai HONOR Magic V Flip, ia hadir dengan skrin luar yang besar bersaiz 4-inci, membolehkan ia menjalankan pelbagai aplikasi asas seperti media sosial, peta dan sebagainya. Skrin luar ini turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits Untuk skrin utama, ia hadir dengan skrin OLED LTPO bersaiz 6.8-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3000 nits.
Dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 50MP yang mampu merakam video dengan resolusi 4K.
Bateri 48000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 66W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.3, NFC, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalan MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.
Di China, Magic V Flip dijual pada harga bermula CNY4999 (RM3243) 12GB + 256GB, CNY5499 (RM3569) 12GB + 512GB, CNY5999 (RM3894) 12GB + 1TB dan CNY6999 (RM4542) 16GB + 1TB (Jimmy Choo Limited Edition). Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan turut ditawarkan di Malaysia atau sebaliknya.