Close

WhatsApp kini menyokong panggilan video sehingga 32 pengguna – Tersedia di semua platform

WhatsApp kini membawakan beberapa penambahbaikan pada fungsi panggilan video. Antaranya, WhatsApp kini menyokong panggilan video sehingga 32 pengguna yang merentasi pelbagai platform seperti Windows, Android, iOS dan lain-lain.

Lebih menarik, panggilan video kini menyokong perkongsian skrin yang lebih baik dan menyeluruh. Pengguna kini boleh berkongsi video yang ditonton dengan sokongan audio. Sekaligus, meningkatkan pengalaman menonton kandungan video menjadi lebih baik dan lebih mudah.

WhatsApp turut memperkenalkan fungsi speaker sportlight. Melalui fungsi ini, pengguna yang bercakap semasa panggilan video akan kelihatan lebih jelas dengan pembesar suara akan diserlahkan secara automatik dan akan diperlihatkan pada skrin.

Selain itu, WhatsApp akan turut membawakan sokong codec baru yang akan meningkatkan kualiti panggilan video lebih baik dan lebih jelas. Kemas kini dijangka akan tersedia kepada pengguna secara berperingkat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN