Close

Insta360 GO 3S tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1969

Insta360 mengemas kini penawaran kamera aksi kompak mereka dengan memperkenalkan Insta360 GO 3S. Melaluinya, ia hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih baik dari model sebelumnya.

Berbeza dengan model sebelumnya, Insta360 GO 3S kini menyokong resolusi rakaman sehingga 4K, penarafan IPX48 dan mampu bertahan pada kedalaman 10 meter. Turut menyokong beberapa fungsi rakaman baru seperti MegaView FOV, Interval video dan Gesture control. Selain itu, peranti ini turut mempunyai keupayaan untuk mengesan rakaman menegak dan mendatar secara automatik. Tidak ketinggalan, ia kini menyokong fungsi Apple Find My.

Tiada perubahan dari segi rekaan, menggunakan rekaan seperti pil yang hanya sebesar ibu jari dengan berat hanya 39gram. Kamera aksi baharu ini turut hadir dengan Action Pod yang mempunyai skrin sentuh 2.2-inci yang memaparkan rakaman secara terus apabila peranti dipasang atau ditanggalkan.

Untuk jangka hayat bateri, peranti ini mampu merakam sehingga 38 minit untuk satu isian penuh pada resolusi FHD 30fps. Meningkat kepada 140 minit apabila di rakam dengan menggunakan Action Pod.

Di Malaysia, Insta360 GO 3S ini dijual pada harga bermula RM1969 untuk kit asas (Standalone). Ditawarkan dalam tiga pilihan storan iaitu 32GB, 64GB dan 128GB.

ARTIKEL BERKAITAN