Close

Yes perkenal pelan Prabayar 5G baru – RM20 sebulan dengan data 50GB

Yes kini sedia untuk menawarkan pelan Prabayar 5G baru yang lebih mampu milik untuk pengguna mereka. Pelan baru tersebut dikenali sebagai Yes Prepaid FT5G 20 yang menawarkan data sebanyak 50GB pada harga RM20 sebulan.

Pelan ini, ia turut hadir dengan beberapa tawaran menarik antaranya data 50GB boleh digunakan pada rangkaian 4G dan 5G, tiada had kelajuan, data 50GB boleh dikongsi melalui hotspot dan turut hadir dengan panggilan tanpa had. Menarik mengenai pelan ini adalah, baki data yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan yang seterusnya.

Namun begitu, untuk membolehkan baki data dibawa ke bulan yang seterusnya. Pengguna perlu memastikan pelan diperbaharui sebelum tamat tempoh langganan semasa. Penawaran ini tidak tersedia untuk data tambahan yang dibeli melalui aplikasi MyYes. Selain itu, pengguna boleh kekal menggunakan nombor sedia ada untuk bertukar ke pelan ini.

ARTIKEL BERKAITAN